Bersih dakwa Tok Mat langgar undang-undang dedah kertas undi

Mohamad secara spontan menunjukkan kertas undi yang sudah ditandanya sebelum memasukkan ke dalam peti undi.
Mohamad secara spontan menunjukkan kertas undi yang sudah ditandanya sebelum memasukkan ke dalam peti undi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih 2.0) mendakwa calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan melanggar undang-undang pilihan raya selepas mendedahkan kertas undi PRK DUN Rantau yang ditandanya ketika pengundian di pusat mengundi di SJKC Chung Hua, Rantau pagi tadi.

Bersih 2.0 dalam kenyataan berkata, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu boleh mempengaruhi orang lain apabila mendedahkan undinya dan memudahkan pembelian dan penjualan undi.

“Adakah beliau tidak tahu melanggar kerahsiaan undi adalah satu kesalahan pilihan raya, walaupun undi sendiri, atau dia melakukannya kerana mahu mencabar undang-undang?

“Pelanggaran oleh Mohamad itu, jika tidak ditangani, boleh menggalakkan orang lain mendedahkan undi pada pilihan raya akan datang. Ini boleh membawa kesan serius berkaitan dengan kesalahan kempen pada hari mengundi dan rasuah,” katanya.

Sehubungan itu, Bersih 2.0 menggesa polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya mengambil tindakan terhadap Timbalan Presiden UMNO itu.

Artikel Berkaitan: