Empat sekeluarga nyaris maut, SUV jatuh gaung

Pasukan bomba memberi rawatan awal kepada mangsa sebelum dibawa ke Hospital Sungai Siput. - Foto ihsan JBPM
Pasukan bomba memberi rawatan awal kepada mangsa sebelum dibawa ke Hospital Sungai Siput. - Foto ihsan JBPM
A
A
A

SUNGAI SIPUT - Empat sekeluarga nyaris maut apabila kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabas dan jatuh ke dalam gaung sedalam 30 meter di Pos Kuala Mu di sini pada Ahad.

Dalam kejadian itu, mangsa menaiki kenderaan jenis Jeep Cherokee dalam perjalanan pulang selepas berkelah di perkampungan Orang Asli berkenaan.

Difahamkan, kenderaan terbabit dipercayai hilang kawalan selepas melalui selekoh tajam ketika menuruni bukit.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 5.45 petang.

"Pemeriksaan mendapati seorang lelaki cedera di muka dan kaki, seorang wanita mengalami sesak nafas manakala dua remaja perempuan cedera ringan.

Keadaan kenderaan mangsa yang rosak selepas terjatuh ke gaung sedalam 30 meter di Pos Kuala Mu, Sungai Siput. - Foto ihsan JBPM
Keadaan kenderaan mangsa yang rosak selepas terjatuh ke gaung sedalam 30 meter di Pos Kuala Mu, Sungai Siput. - Foto ihsan JBPM

"Anggota menggunakan peralatan menyelamat untuk membawa naik kesemua mangsa untuk diberi rawatan awal," katanya.

Menurutnya, mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Sungai Siput untuk rawatan lanjut.

Artikel Berkaitan:

"Tiga mangsa lain dibawa ke hospital sama dengan menaiki jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS).

"Operasi tamat pada jam 8.44 malam," katanya.