4 kenderaan rosak dihempap pokok tumbang di Pandan Jaya

Pokok tumbang menghempap Proton Waja dan Nissan Vanette di pangsapuri Pandan Jaya Jalan Persiaran Pandan 9 pada Ahad.
Pokok tumbang menghempap Proton Waja dan Nissan Vanette di pangsapuri Pandan Jaya Jalan Persiaran Pandan 9 pada Ahad.
A
A
A

AMPANG - Empat kenderaan rosak dihempap pokok tumbang di dua lokasi berasingan di Pandan Jaya di sini, susulan hujan lebat dan angin kuat pada Ahad.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, laporan kejadian pertama diterima jam 3.38 petang membabitkan pokok tumbang menghempap dua kenderaan iaitu Proton Waja dan Nissan Vanette di pangsapuri Pandan Jaya Jalan Persiaran Pandan 9.

Menurutnya, laporan kedua berlaku di Jalan Pandan 2/3 membabitkan dua motosikal jenis Yamaha NMAX dan Honda Wave dihempap pokok tumbang jam 3.23 petang.

"Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pandan telah dikejarkan ke lokasi kejadian dan pokok tumbang berkenaan berjaya dialihkan.

Anggota bomba mengalihkan dahan pokok tumbang yang menghempap kenderaan.
Anggota bomba mengalihkan dahan pokok tumbang yang menghempap kenderaan.

"Tiada mangsa terlibat dalam kejadian tersebut," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Artikel Berkaitan: