Jangan ambil ahli Parlimen ada kes mahkamah sertai Kabinet

Hassan Abdul Karim
Hassan Abdul Karim
A
A
A

PASIR GUDANG - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dimohon supaya tidak melantik ahli-ahli Parlimen mempunyai kes mahkamah sebagai anggota Kabinet baharu yang akan dibentuk tidak lama lagi.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, mana-mana pemimpin yang mempunyai pertuduhan kes rasuah dan pecah amanah tidak seharusnya menjadi menteri atau timbalan menteri dalam kerajaan perpaduan.

Jelasnya, Perdana Menteri ke-10 itu perlu membentuk jemaah Kabinet yang bersih daripada sebarang kes-kes terbabit.

"Kriteria ini hendaklah diguna pakai secara adil kepada semua ahli Parlimen tidak kira daripada Pakatan Harapan (PH) ataupun dari Barisan Nasional (BN) atau parti- parti gabungan politik lain yang berada dalam Kerajaan Perpaduan.

"Hapuskan Rasuah. Ini janji kita," kata beliau dalam satu kenyataan pada Ahad.

Pada Sabtu, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu memaklumkan, Anwar masih belum memanggil parti komponen PH untuk membincangkan pembentukan Kabinet.

Bagaimanapun katanya yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, kerajaan baharu akan ditubuhkan secepat mungkin.

Artikel Berkaitan: