Kelantan isytihar Isnin cuti umum

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan mengisytiharkan cuti umum pada Isnin bersamaan 28 November 2022.

Perkara itu diumumkan menerusi satu pekeliling Arahan Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan yang dikeluarkan pada Ahad.

Pekeliling tersebut ditandatangani Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Datuk Tuan Zainal Abidin Tuan Yusuf.

Berdasarkan pekeliling itu, dimaklumkan bahawa kerajaan Kelantan bersetuju mengisytiharkan 28 November 2022 iaitu Isnin sebagai cuti umum bagi seluruh negeri selaras dengan pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis lalu.

Pekeliling diberikan kepada semua ketua jabatan negeri dan Persekutuan, ketua pengurusan pihak berkuasa tempatan negeri, ketua pengurusan pihak berkuasa berkanun negeri/ Persekutuan, ketua pengurusan urusetia kerajaan negeri dan ketua unit/bahagian, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan.

Artikel Berkaitan: