Subsektor gudang darat dibenar gajikan pekerja asing

KSM maklumkan subsektor gudang darat kini telah dibenarkan untuk penggajian pekerja asing. - Gambar hiasan
KSM maklumkan subsektor gudang darat kini telah dibenarkan untuk penggajian pekerja asing. - Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Sumber Manusia (KSM) memaklumkan subsektor gudang darat kini telah dibenarkan untuk penggajian pekerja asing.

KSM dalam satu kenyataan berkata, perkara itu selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Bersama antara Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusia Mengenai Pengurusan Pekerja Asing kali ketujuh pada 18 Julai lalu.

Menurut kenyataan itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) selaku agensi kawal selia bagi subsektor borong dan runcit telah bersetuju memperluaskan syarat atau kriteria kelayakan kuota penggajian pekerja asing di bawah subsektor ini kepada peniaga runcit dengan keluasan lantai kurang daripada 2,500 meter persegi.

"Sehubungan itu, permohonan kuota baharu penggajian pekerja asing bagi kedua-dua subsektor tersebut telah dibuka dan permohonan boleh dibuat oleh majikan di laman web www.fwcms.com.my," kata kenyataan itu pada Sabtu.

Tambah kenyataan itu, sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Bahagian Pengurusan Pekerja Migran KSM di talian 03-88852939/2940 dan emel oscksm@mohr.gov.my atau terus menghubungi agensi kawal selia.

Artikel Berkaitan: