Pelaksanaan manifesto kerajaan perpaduan jadi cabaran besar

Tengku Putra Haron Aminurrashid ketika menjadi panelis Program Sinar Live bertajuk 'Anwar PM10: Harapan Baharu Rakyat Malaysia’ yang disiarkan di platform digital Sinar Harian pada Jumaat.
Tengku Putra Haron Aminurrashid ketika menjadi panelis Program Sinar Live bertajuk 'Anwar PM10: Harapan Baharu Rakyat Malaysia’ yang disiarkan di platform digital Sinar Harian pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Pelaksanaan manifesto kerajaan perpaduan dilihat akan menjadi cabaran besar bagi kalangan koalisi gabungan tersebut.

Bagaimanapun bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid Tengku Hamid berkata, cabaran tersebut diyakini dapat diatasi dengan pimpinan ketua yang baik iaitu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kita perlu pemimpin yang kuat dan menguasai (kepimpinan).

“Saya yakin urusan pertama sekali adalah pada 19 Disember ini iaitu pengesahan undi percaya di Parlimen.

“Di situ, kalau beliau (Anwar) dapat undi kepercayaan dengan bantuan daripada gabungan-gabungan lain, saya fikir Barisan Nasional (BN) dan pihak (gabungan) Borneo akan memberi sokongan padu pada beliau, saya percaya kita akan dapat lihat perubahan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panelis Program Sinar Live bertajuk 'Anwar PM10: Harapan Baharu Rakyat Malaysia’ yang disiarkan di platform digital Sinar Harian pada Jumaat.

Program yang dikendalikan oleh Hazwan Mokhtar itu turut menampilkan Penganalisis politik, Dr Sharifah Shahirah Syed Sheikh; Presiden Emir Research, Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff dan ADUN Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin sebagai panelis.

Pada Khamis, Anwar yang juga Pengerusi PH itu menetapkan bahawa sidang Dewan Rakyat bermula pada 19 Disember ini.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, selain usul kerajaan, pihaknya akan mengemukakan usul percaya di Parlimen bagi menepis segala dakwaan terhadap keabsahan pimpinannya.