Final Piala Malaysia: Sultan Selangor titah penyokong jaga adab

Sultan Sharafuddin (kanan) menasihati penyokong Selangor menjaga adab dan tingkah laku ketika menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia, Selangor FC menentang JDT di Stadium Bukit Jalil pada Sabtu. - Foto Facebook Selangor Royal Office
Sultan Sharafuddin (kanan) menasihati penyokong Selangor menjaga adab dan tingkah laku ketika menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia, Selangor FC menentang JDT di Stadium Bukit Jalil pada Sabtu. - Foto Facebook Selangor Royal Office
A
A
A

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menasihati penyokong Selangor menjaga adab dan tingkah laku ketika menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia, Selangor FC menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Bukit Jalil pada Sabtu.

Menerusi kemas kini di Facebook Selangor Royal Office, Sultan Sharafuddin berharap penyokong Selangor tidak mencetuskan kekecohan atau pergaduhan yang boleh mencemarkan nama baik pasukan.

Menurut kenyataan itu, penyokong perlu matang dengan menerima apa jua keputusan perlawanan serta tidak melayan provokasi berlebihan.

"Baginda mahu semua yang hadir ke stadium membawa bersama semangat kesukanan dan sorakan gemuruh, sekali gus memberi suntikan semangat kepada para pemain," menurut kenyataan itu pada Jumaat.

Baginda pada masa sama turut mengucapkan selamat maju jaya kepada Selangor FC dan JDT.

Sementara itu, Rapid KL menerusi satu kenyataan memaklumkan operasi perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) di Stesen Bukit Jalil akan dilanjutkan sehingga jam 1 pagi sempena perlawanan akhir Piala Malaysia tersebut.

"Operasi stesen-stesen sambungan akan turut dilanjutkan bagi membawa penumpang ke destinasi akhir.

"Pengguna diminta menggunakan kad Touch n Go (TnG) untuk kelancaran perjalanan," kata kenyataan itu.

Artikel Berkaitan: