Selepas berjuang 24 tahun, Anwar akhirnya jadi PM

Sebahagian daripada penyokong PH yang menunggu untuk menyaksikan detik bersejarah Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri ke-10 di lstana Negara.
Sebahagian daripada penyokong PH yang menunggu untuk menyaksikan detik bersejarah Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri ke-10 di lstana Negara.
A
A
A


KUALA LUMPUR - Pekarangan Pintu 2 Istana Negara meriah dengan kehadiran penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berkumpul di sini sejak jam 3 petang tadi.

Laungan 'reformasi' kira-lebih 100 penyokong Pakatan Harapan (PH) mula bergema di hadapan pintu masuk berkenaan.

Rata-rata penyokong tidak sabar untuk menyaksikan detik bersejarah Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri ke-10 pada jam 5 petang ini di lstana Negara.

Seorang penyokong yang dikenali sebagai Pak Chad, 66, melahirkan rasa terharu dan berkongsi rasa gembira melihat perjuangan Anwar selama ini akhirnya tercapai.

Lebih 100 penyokong PH yang hadir untuk memberikan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri ke-10 di lstana Negara pada Khamis.
Lebih 100 penyokong PH yang hadir untuk memberikan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri ke-10 di lstana Negara pada Khamis.

"Selama 24 tahun Anwar berjuang dalam bidang politik akhirnya 24 November ini beliau berjaya menjadi seorang Perdana Menteri ke-10," ujarnya.



Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Anwar sebagai Perdana Menteri selaras dengan Perkara 402(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Sebelum ini, Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu telah diadakan hari ini di Istana Negara sebagai usaha Yang di-Pertuan Agong merungkai kemelut pembentukan kerajaan.

Perbincangan khas itu bertujuan membolehkan Al-Sultan Abdullah mendapatkan pandangan Raja-Raja Melayu dalam membuat keputusan mengenai pelantikan Perdana Menteri ke-10.
Artikel Berkaitan:


Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan pada Khamis berkata, Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat serta Menandatangani Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri dijadualkan pada jam 5 petang ini di lstana Negara.

Beliau berkata, keputusan pelantikan itu dibuat setelah Seri Paduka Baginda memperhalusi titah pandangan Raja-Raja Melayu pada sesi perbincangan khas yang berlangsung bermula jam 11 pagi Khamis.