Maut didera, bapa tiri direman lima hari

Mohd Zaid (Tangkap layar laporan Sinar Harian pada Rabu.)
Mohd Zaid (Tangkap layar laporan Sinar Harian pada Rabu.)
A
A
A

KAJANG - Seorang lelaki direman lima hari untuk siasatan kes dera hingga mengakibatkan kematian anak tirinya berusia 11 tahun, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, reman suspek berusia 53 tahun itu bermula Khamis.

"Suspek akan direman lima hari bemula hari ini (Khamis) sehingga 28 November (Isnin) untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya pada Khamis.

Pada Rabu, Sinar Harian melaporkan seorang kanak-kanak perempuan maut dipercayai didera bapa tirinya di rumah mereka di Taman Sri Ramal, di sini.

Mangsa disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Serdang, pada Isnin sebelum satu laporan polis dibuat oleh pegawai perubatan hospital terbabit.

Hasil bedah siasat yang dijalankan oleh doktor pakar pada Rabu, mendapati punca kematian mangsa adalah dipercayai daripada kesan hentakan benda tumpul pada bahagian kepala dan abdomen (perut) sehingga usus pecah.

Selain itu terdapat juga kesan lebam di bahagian punggung, buah dada dan lengan tangan mangsa.

Bapa tiri mangsa kemudian diberkas polis pada jam 2.25 petang, Rabu di pekarangan Hospital Serdang.

Artikel Berkaitan: