Ambil tindakan pengendali Facebook hina Agong

Mohd Zahari bersama ahli PBPM cawangan Pekan menunjukkan salinan laporan polis yang dibuat ke atas pengendali Facebook hina Agong.
Mohd Zahari bersama ahli PBPM cawangan Pekan menunjukkan salinan laporan polis yang dibuat ke atas pengendali Facebook hina Agong.
A
A
A

KUANTAN - Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) Cawangan Pekan mengecam perbuatan biadab pengendali Facebook ‘Sabah Sarawak Merdeka’ atas hantaran gambar jelik yang menghina Yang di-Pertuan Agong.

Timbalan Pengerusinya, Mohd Zahari Abu Bakar berkata, beliau dan ahli PBPM Pekan dan PBPM amnya tercabar dan turut rasa terhina dengan penghinaan kepada institusi raja itu.

Menurutnya, justeru, beliau mewakili PBPM Pekan membuat laporan polis hari ini mendesak agar pihak berkuasa menyiasat dan menangkap pelaku biadab itu.

“Kita desak agar pihak berkuasa khususnya polis mengambil tindakan segera supaya menjadi pengajaran kepada pihak lain,” katanya.

Beliau membuat laporan polis itu di Balai Polis Pekan kira-kira jam 10.20 pagi tadi.

Penularan gambar jelik itu mendapat kecaman pelbagai pihak termasuk NGO dan parti politik di negeri ini.

Beberapa laporan polis dibuat di sini semalam mendesak agar pengendali Facebook itu disiasat dan dikenakan tindakan segera.

Artikel Berkaitan: