Bruce Lee meninggal dunia akibat terlebih minum air?

NEW YORK - Pelakon seni bela diri Hong Kong-Amerika, Bruce Lee yang meninggal dunia pada tahun 1973 ketika berusia 32 tahun dipercayai berpunca terlebih minum air, lapor Sputnik.
Selepas hampir 50 tahun kematian pelakon yang mencipta nama menerusi filem 'Fist of Fury', penyelidik merumuskan bahawa Lee meninggal dunia disebabkan 'kegagalan buah pinggang mengeluarkan air berlebihan'.
Walau bagaimanapun, punca awal kematian pelakon tersebut dipercayai akibat edema serebrum atau bengkak otak selepas dia ditemui tidak sedarkan diri di pangsapuri milik rakannya yang juga pelakon Taiwan, Betty Ting Pei.
Namun, kajian baharu mendapati Lee pernah mempunyai sejarah kecederaan buah pinggang, pengambilan alkohol, ganja, darah rendah dan pengambilan cecair 'kronik' yang berisiko menyumbang kepada hiponatremia atau kepekatan natrium yang rendah dalam darah.