Pemuda BN Kelantan kecewa PN tolak kerajaan perpaduan

Noor Hariri
Noor Hariri
A
A
A

KOTA BHARU - Pemuda UMNO Kelantan kecewa apabila Perikatan Nasional (PN) menolak titah cadangan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya menubuhkan kerajaan perpaduan.

Ketua Pemuda UMNO negeri, Noor Hariri Mohamed Noor berkata, PN perlu memikirkan kepentingan negara kerana sudah masuk hari keempat Parlimen masih 'tergantung'.

"Tiada satu parti pun mendapat majoriti mudah 112 kerusi selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)," katanya melalui kenyataan pada Rabu.

Bagaimanapun katanya, BN menolak bekerjasama dengan PN kerana mendakwa parti itu tidak meletakkan keutamaan kepada kepentingan negara.

Pada Selasa, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan cadangan supaya PN dan Pakatan Harapan (PH) membentuk Kerajaan Perpaduan.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bagaimanapun memaklumkan kepada Seri Paduka Baginda yang gabungan parti itu tidak mahu bekerjasama dengan PH berdasarkan pendirian mereka.

Muhyiddin turut memberitahu, gabungan itu juga sudah menyerahkan dokumen mengandungi akuan berkanun membabitkan 115 ahli Parlimen kepada Istana Negara.

Artikel Berkaitan: