Gabungan PH-BN di Perak muktamad

Saarani
Saarani
A
A
A

IPOH - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menegaskan kerajaan negeri yang dibentuk di antara Pakatan Harapan (PH) dan BN tidak akan berubah walaupun berbeza dengan kerajaan persekutuan.

Menurutnya, perkara itu telah dimuktamadkan bagi membolehkan kerajaan negeri memberi fokus terhadap pembangunan negeri.

Jelasnya, berbeza dengan persekutuan yang mempunyai banyak gabungan parti, Perak hanya mempunyai tiga parti iaitu PH, BN dan Perikatan Nasional (PN).

Kita telah muktamadkan seperti mana yang sepatutnya. Fokus ini adalah untuk memulakan kerja-kerja membangunkan negeri, tak boleh tangguh.

"Di pusat ada beberapa parti ada PH, PN, BN, Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), dan sebagainya. Di Perak kita ada tiga sahaja.

"Dengan mudah kita buat keputusan, kita teruskan apa yang telah kita buat. Sebab itu kita mulakan dengan mesyuarat exco perak dan Sidang Dewan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Exco Kerajaan Negeri Perak di Pejabat Menteri Besar Perak di sini pada Rabu.

Bercakap kepada pemberita, Saarani berkata, kesemua barisan Exco termasuk beliau selaku Menteri Besar telah berikrar untuk mengenepikan kepentingan diri dan politik masing-masing.

Katanya, kerajaan yang dibentuk mahu memberi fokus kepada usaha mensejahterakan rakyat dan pembangunan negeri khususnya meneruskan agenda Perak Sejahtera 2030.

Artikel Berkaitan:

"Resipi pertama meraikan perbezaan pendapat, tetapi pada waktu yang sama kita meminimakan segala kepentingan politik sebab pilihan raya dah selesai.

"Kita juga merayu tidak ada kenyataan yang berbaur perkauman atau kenyataan yang boleh menggores perasaan rakyat Perak.

"Kita minta semua perkara dibawa dalam perbincangan kerana kita bukan kerajaan PH atau kerajaan campuran, tetapi hanyalah kerajaan negeri Perak, satu nama sahaja," katanya.