Nasib Heung-min cetus tanda tanya

Heung-min (kiri) menjalani latihan menjelang sepak mula Korea Selatan menentang Uruguay pada Khamis. Foto Agensi
Heung-min (kiri) menjalani latihan menjelang sepak mula Korea Selatan menentang Uruguay pada Khamis. Foto Agensi
A
A
A

KECERGASAN pemain sensasi, Son Heung-min mencetuskan teka-teki di kem Korea Selatan menjelang aksi sulung Kumpulan H Piala Dunia menentang Uruguay di Stadium Education City pada Khamis.

Penyerang Tottenham Hotspur itu mengalami kecederaan di bahagian mata kiri tiga minggu lalu dan menjalani latihan di Qatar dengan memakai topeng pelindung muka.

Jurulatih Korea Selatan, Paulo Bento sudah memberi arahan kepada pasukan untuk menilai keadaan Heung-min untuk memastikan pemain itu benar-benar cergas untuk diturunkan.

"Pasukan perubatan harus memeriksa dan melakukan analisis hari demi hari.

“Kami mempunyai masa untuk membuat keputusan yang tepat dan tindakan terbaik untuk keseluruhan pasukan," ujar Bento.

Kumpulan H turut melibatkan Portugal dan Ghana sekali gus khidmat Heung-min sangat diperlukan di bahagian serangan untuk Korea Selatan meraih mata awal.

“Heung-min begitu bersemangat untuk beraksi di sebalik risiko kecederaannya yang mungkin menjadi lebih buruk tetapi menegaskan dia sudah bersedia untuk berdepan cabaran di Qatar,” ujar Bento.

Artikel Berkaitan: