'Cikgu Shukri baru beritahu jadi MB pagi tadi' - Isteri

ADUN Sanglang, Mohd Shukri Ramli mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis di hadapan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalulail pada Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Perlis di Istana Arau pada Selasa. - Foto Bernama
ADUN Sanglang, Mohd Shukri Ramli mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis di hadapan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalulail pada Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Perlis di Istana Arau pada Selasa. - Foto Bernama
A
A
A
ARAU - Isteri kepada Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli, Najwa Othman hanya mengetahui suaminya dilantik sebagai ketua kerajaan negeri itu pagi tadi selepas diminta menyediakan baju Melayu berwarna hitam, songkok dan samping.

Najwa, 53, yang merupakan suri rumah mengakui terkejut dengan berita itu kerana suaminya tidak pernah memberitahu keluarga bahawa beliau dipilih sebagai Menteri Besar Perlis yang baharu.

"Sebelum ini, ada beberapa jiran dan rakan memberitahu saya bahawa beliau (Mohd Shukri) akan dilantik sebagai Menteri Besar, tetapi saya ingin mendengar berita itu daripada mulut beliau sendiri," katanya kepada Bernama di kediamannya di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang itu yang mesra dipanggil ‘Cikgu Shukri’, mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar di hadapan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Istana Arau pada Selasa.

Najwa berkata, beliau dan keluarga akan sentiasa memberi sokongan kepada Mohd Shukri agar dapat melaksanakan tugas kepada rakyat Perlis dengan baik.
Artikel Berkaitan:


"Insya-ALLAH saya dan anak akan sediakan makanan kegemaran beliau nanti bagi meraikan berita gembira ini.

"Suami saya tidak cerewet dari segi memilih makanan, cuma beliau gemar sup dan sajian berkuah," katanya. - Bernama