Helikopter dipercayai milik PDRM berlegar timbul tanda tanya

Kehadiran sebuah helikopter dilihat beberapa kali berlegar-legar di ruang udara berhampiran rumah Anwar Ibrahim pada Selasa.
Kehadiran sebuah helikopter dilihat beberapa kali berlegar-legar di ruang udara berhampiran rumah Anwar Ibrahim pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kehadiran sebuah helikopter yang berlegar-legar di ruang udara sekitar kawasan Sungai Long, Cheras menimbulkan tanda tanya dalam kalangan media.

Helikopter dipercayai milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu berlegar-legar di ruang udara kira-kira jam 12.40 tengah hari ketika pengamal media setia menunggu perkembangan mengenai situasi pembentukan kerajaan di hadapan rumah Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Helikopter tersebut dilihat beberapa kali berlegar-legar di ruang udara sekitar kawasan berkenaan dan menimbulkan kehairanan pihak media yang berkumpul di kawasan itu sejak awal pagi.

Sementara itu, petugas media dari beberapa agensi hadir seawal jam 5 pagi di sekitar kawasan pintu masuk perumahan yang didiami Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu bagi mendapatkan perkembangan terkini berkaitan situasi berkaitan pembentukan kerajaan yang dijangka pada hari ini.

Berdasarkan keputusan rasmi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), tiada mana-mana gabungan parti berjaya memperoleh majoriti 50 peratus daripada 219 kerusi Parlimen yang dipertandingkan untuk membentuk kerajaan.

Sementara itu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan ketua-ketua parti politik yang mempunyai majoriti terbanyak mengemukakan gabungan baharu dan calon Perdana Menteri kepada Istana Negara sebelum jam 2 petang, Selasa.

Artikel Berkaitan: