TFCSB kecam tindakan kekerasan penyokong

Tangkap layar insiden kekacauan dan kekerasan yang dilakukan terhadap pasukan Selangor FC selepas perlawanan separuh akhir kedua dalam Piala Malaysia yang tular dalam media sosial.
Tangkap layar insiden kekacauan dan kekerasan yang dilakukan terhadap pasukan Selangor FC selepas perlawanan separuh akhir kedua dalam Piala Malaysia yang tular dalam media sosial.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) mengecam insiden kekacauan dan kekerasan yang dilakukan terhadap pasukan Selangor FC selepas perlawanan separuh akhir kedua dalam Piala Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) malam Isnin.

Ketua Pegawai Eksekutif TFCSB, Ab Rasid Jusoh berkata, pihaknya kesal dengan tindakan tidak profesional tersebut yang turut sama mencalar imej kelab dan penyokong Terengganu lain yang sama-sama hadir dalam memberikan sokongan buat pasukan TFC.

"Pihak kelab dengan ini memohon maaf kepada pihak Selangor FC atas insiden yang telah berlaku dan diharapkan perkara ini tidak akan berulang pada masa-masa yang akan datang.

"Perbuatan segelintir penyokong yang telah melakukan kekacauan ini tidak mewakili dan menggambarkan imej serta keperibadian keseluruhan penyokong pasukan ini.

"Ini kerana pada tahun ini, tidak boleh dinafikan para penyokong Terengganu telah menunjukkan komitmen serta disiplin yang sangat baik dalam memberikan sokongan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 malam Isnin, sekumpulan penonton dipercayai penyokong TFC bertindak liar dengan melempar kon dan objek lain ke arah bas yang membawa pasukan Selangor FC keluar dari SSMZA selepas tamat perlawanan.

Tindakan tidak bertanggungjawab tersebut menyebabkan cermin bas pecah selepas objek dipercayai batu yang dilempar menembusi dan hampir terkena pegawai Selangor FC.

Difahamkan di dalam bas tersebut turut terdapat anak-anak kecil pemain Selangor yang menumpang untuk pulang bermalam di hotel.

Artikel Berkaitan: