Dua termasuk kanak-kanak maut, enam cedera nahas dua kenderaan

Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.
Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.
A
A
A

GOMBAK - Seorang lelaki dan kanak-kanak perempuan maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan di Kilometer 452 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) menghala ke selatan, di sini pada Selasa.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, seramai 14 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Rawang dan Sungai Buloh bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 2.29 pagi.

"Kemalangan melibatkan dua buah kereta jenis Proton Wira dan Toyota Vios, terdapat lapan orang mangsa, dua daripadanya iaitu seorang lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Norazam berkata, dua wanita pula dilaporkan cedera parah, manakala empat lagi mangsa cedera ringan dalam kemalangan itu.

"Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak bomba sampai ke lokasi. Mangsa yang cedera telah hantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut," ujarnya.

Artikel Berkaitan: