Diskaun hebat 30 pembekal buku

Atur cara Hari Iqra dan Pesta Buku Darul Naim 2022 Kelantan di Giant Superstore, Tunjong, Kota Bharu.
Atur cara Hari Iqra dan Pesta Buku Darul Naim 2022 Kelantan di Giant Superstore, Tunjong, Kota Bharu.
A
A
A

KOTA BHARU - Lebih 30 pembekal buku di seluruh negara menawarkan diskaun hebat pada Hari Iqra dan Pesta Buku Darul Naim 2022 peringkat negeri Kelantan yang berlangsung di aras bawah Giant Superstore, Tunjong, di sini, bermula Selasa.

Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan (PPAK), Mohd Shamsul Baharin Isa berkata, PPAK menganjurkan program itu selama lima hari sehingga Sabtu ini.

Katanya, antara aktiviti menarik yang diadakan adalah jualan buku dengan diskaun, pameran agensi kerajaan, kuiz spontan, cabutan bertuah dan pemberian baucar buku kepada pengunjung bertuah.

“Selain itu, kami juga menganjurkan pertandingan mewarna, aktiviti bersama perpustakaan, persembahan maskot, dikir barat, pentomin dan puisi.

Hari Iqra dan Pesta Buku Darul Naim 2022 Kelantan anjuran PPAK bermula Selasa hingga Sabtu.
Hari Iqra dan Pesta Buku Darul Naim 2022 Kelantan anjuran PPAK bermula Selasa hingga Sabtu.

“Pengunjung boleh dapatkan akhbar Sinar Harian secara percuma dan menyertai bicara usahawan, penulis, pelancaran buku, bicara bahaya pornografi, forum al-Quran, pertandingan membaca dan tadabbur al-Quran,” katanya.

Tambah beliau, pelbagai hadiah lumayan turut disediakan dan PPAK di samping mengadakan promosi keahlian perpustakaan secara percuma.

“Pihak perpustakaan amat mengalu-alukan kehadiran seluruh rakyat Kelantan bagi menyemarakkan semangat membaca dalam kalangan masyarakat.

Artikel Berkaitan:

“Maklumat lanjut boleh layari www.Kelantanlibrary.gov.my atau Facebook Perpustakaan Awam Kelantan. Jom hadir dan tularkan Hari Iqra dan Pesta Buku Darul Naim 2022,” katanya.