Biar tak berkuasa, jangan tak berprinsip: Nina Sabrina

Tangkap layar Instagram Nina Sabrina yang memaparkan perbualan di kumpulan WhatsApp.
Tangkap layar Instagram Nina Sabrina yang memaparkan perbualan di kumpulan WhatsApp.
A
A
A

SHAH ALAM - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob didakwa menolak sebarang kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) sambil menambah sedia dipecat berhubung kenyataan itu.

Perkara itu dikongsikan anak Ahli Parlimen Bera itu, Nina Sabrina menerusi hantaran di Instagram yang memaparkan satu tangkap layar perbualan di aplikasi WhatsApp.

Perbualan yang didakwa menerusi kumpulan WhatsApp Ketua Bahagian UMNO Malaysia itu turut melibatkan bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Ketua UMNO Bahagian Batu, Datuk Yahaya Mat Ghani @ Abbas.

"Biar tak berkuasa, jangan tak berprinsip," tulis Nina Sabrina pada kapsyen tangkap layar berkenaan.

Terdahulu Sinar Harian melaporkan, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan, Ahli Parlimen BN akan menghantar akuan bersumpah (SD) berkaitan sokongan pembentukan kerajaan baharu kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun pada jam 2 petang.

Selain itu, Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengesahkan beliau merupakan calon tunggal Perdana Menteri membabitkan rundingan bersama dengan BN.

Beliau berkata, BN tidak mencadangkan nama lain dalam perbincangannya bersama gabungan itu.

Artikel Berkaitan: