'Salah buat keputusan, orang Melayu pulau UMNO' - Noh

Noh Omar
Noh Omar
A
A
A

SHAH ALAM - Jawatankuasa perunding UMNO perlu tegas dan bukan sekadar hanya untuk mendapatkan jawatan dalam kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, sekiranya jawatankuasa perunding salah membuat keputusan, ia dikhuatiri memberi kesan kepada parti tersebut.

"Salah buat keputusan orang Melayu pulaukan UMNO, daripada 30 kerusi BN jangan sampai Pilihan Raya Umum ke-16 nanti hanya tinggal tiga kerusi saja.

"Laungan hidup Melayu! hidup UMNO! hanya tinggal sejarah," katanya menerusi Facebook pada Isnin.

Pada Isnin, beberapa pemimpin BN dan Pakatan Harapan (PH) mengadakan pertemuan di Hotel Seri Pacific di Kuala Lumpur dipercayai bagi membincangkan pembentukan kerajaan.

Antara wakil daripada BN yang dilihat hadir ialah Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.


Artikel Berkaitan: