[VIDEO] Agong santuni petugas media

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan bertemu media di Pintu 2, Istana Negara.- Foto Sinar Harian/ROSLI TALIB
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan bertemu media di Pintu 2, Istana Negara.- Foto Sinar Harian/ROSLI TALIB
A
A
A

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan untuk bertemu dengan petugas media yang bertugas di Pintu 2 Istana Negara, di sini pada Isnin.

Baginda hadir di Pintu 2 Istana Negara itu bersama beberapa orang pegawainya kira-kira jam 1.37 petang tadi.

Al-Sultan Abdullah turut berkenan menyerahkan bungkusan makanan kepada petugas media yang membuat liputan berkaitan pembentukan kerajaan sejak pagi Isnin.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah sebelum itu dalam kenyataan pada Isnin memberi perkenan untuk melanjutkan proses mengemukakan gabungan pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi pembentukan kerajaan baharu dan pencalonan bakal Perdana Menteri Malaysia ke-10 dilanjutkan jam 2 petang Selasa.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan pada Isnin berkata, titah perkenan Seri Paduka Baginda itu adalah susulan daripada permohonan daripada ketua dan gabungan parti politik dan gabungan politik yang telah diterima oleh pihak Istana Negara hari ini.

Artikel Berkaitan: