DAP dakwa BN, PH setuju kerjasama bentuk kerajaan Perak

Sinar Harian pada Isnin melaporkan, Ahli Jawatankuasa Pusat DAP, Howard Lee Chuan How dilihat memasuki Bangunan UMNO Perak.
Sinar Harian pada Isnin melaporkan, Ahli Jawatankuasa Pusat DAP, Howard Lee Chuan How dilihat memasuki Bangunan UMNO Perak.
A
A
A

IPOH - DAP Perak mendakwa, Barisan Nasional (BN) bersetuju untuk jalin kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk kerajaan negeri baharu Perak.

Dalam satu kenyataan yang dikongsi kepada media menyatakan, kerjasama itu menyaksikan gabungan berkenaan mempunyai 33 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu majoriti mudah daripada keseluruhan 59 kerusi bagi membentuk kerajaan negeri.

Bagaimanapun, setakat ini belum ada pengesahan daripada pemimpin BN mahupun PH Perak berkaitan perkara itu.

Keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang diumum pada Sabtu menyaksikan PH berjaya menenangi 24 kerusi dan BN sembilan kerusi manakala Perikatan Nasional (BN) mendapat 26 kerusi.

Pada pagi Isnin, Ahli Jawatankuasa Pusat DAP, Howard Lee Chuan How dilihat memasuki Bangunan UMNO Perak.

Ahli Parlimen Ipoh Timur itu tiba sekitar jam 10.30 pagi tanpa ditemani mana-mana pemimpin PH yang lain.

Difahamkan, bekas Ketua Pemuda DAP itu bertemu dengan pimpinan tertinggi BN Perak termasuk Pengerusinya, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Artikel Berkaitan: