Tragedi konvoi bermotosikal ke PD

Keadaan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu. - Foto ihsan PDRM
Keadaan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu. - Foto ihsan PDRM
A
A
A

PORT DICKSON - Konvoi beberapa kumpulan penunggang motosikal ke Port Dickson bertukar tragedi apabila dua maut dalam kemalangan membabitkan sembilan kenderaan di Kilometer 14.4 Lebuhraya Seremban-Port Dickson di sini pada Ahad.

Kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu menyebabkan penunggang lelaki berusia 19 tahun dan pemboncengnya remaja perempuan berusia 14 tahun maut akibat cedera parah.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, kejadian itu melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi dan lapan motosikal yang dalam perjalanan menghala ke Seremban.

"Siasatan awal mendapati, sebelum kejadian itu berlaku terdapat lebih kurang 50 motosikal mengekori belakang sebuah kereta Perodua Myvi.

"Namun apabila sampai di lokasi, motosikal ditunggang mangsa hilang kawalan dan melanggar bahagian belakang Perodua Myvi terbabit," katanya dalam kenyataan kepada media pada Isnin.

Menurutnya, kejadian itu mengakibatkan kedua-dua mangsa terjatuh dan tujuh motosikal lain yang cuba mengelak saling berlanggar sesama sendiri.

Ujarnya, pembonceng motosikal maut di tempat kejadian manakala penunggangnya disahkan meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar di Seremban.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel Berkaitan: