Dua gol Valencia bantu Ecuador tenggelamkan Qatar

Valencia
Valencia
A
A
A

ECUADOR menyingkap saingan Piala Dunia 2022 langkah kanan selepas menjinakkan tuan rumah Qatar 2-0 dalam perlawanan Kumpulan A di Stadium Al Bayt pada awal pagi Isnin.

Skuad kendalian Felix Sanchez yang melakukan penampilan sulung di pentas Piala Dunia selain menjadi negara Arab pertama menganjurkan kejuaraan itu tampil dengan misi mengelak daripada menjadi tuan rumah kedua tersingkir pada pusingan pertama Piala Dunia, selepas Afrika Selatan pada 2010.

Bagaimanapun, The Maroon hampir dikejutkan jaringan permulaan yang diterjemahkan pada minit ketiga, namun tandukan tonggak El Tri, Enner Valencia dibatalkan video bantuan pengadil (VAR) selepas didapati ofsaid.

Anak buah Gustavo Alfaro tidak mengalah akhirnya menemui gol pertama pasukan itu yang disempurnakan hasil sepakan penalti Valencia pada minit ke-16, untuk gol pertama edisi 2022 kali ini.

Gol berpunca selepas Valencia dijatuhkan di dalam kotak penalti oleh Saad Al Sheeb, menyaksikan pelawat terus meningkat tekanan kepada tuan rumah.

Valencia kemudian mencatatkan gol keduanya dengan tandukan selepas menyudahkan hantaran lintang Angel Preciado untuk meletakkan pasukannya menguasai rentak perlawanan sehingga tamat perlawanan.

Kemenangan itu menyaksikan Ecuador memimpin Kumpulan A dengan tiga mata selepas mengharungi satu perlawanan.

Artikel Berkaitan: