PRU15: Sentimen media beri kesan pengundi muda pilih parti

Dr Hamdan Mohd Salleh (kanan) ketika menjadi panelis program Sinar Live bertajuk 'Siapa Sangka Siapa Duga' yang dikendalikan hos Fahiz Ariff pada Ahad.
Dr Hamdan Mohd Salleh (kanan) ketika menjadi panelis program Sinar Live bertajuk 'Siapa Sangka Siapa Duga' yang dikendalikan hos Fahiz Ariff pada Ahad.
A
A
A

SHAH ALAM - Keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) membuktikan bahawa sentimen media menjadi faktor utama anak muda dan pengundi ‘atas pagar' kepada kejayaan parti-parti bertanding.

Timbalan Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel), Profesor Madya Dr Hamdan Mohd Salleh berkata, terdapat dua sentimen dapat dilihat di media iaitu siapa menjadi Perdana Menteri dan sentimen siapa paling menguasai media ketika itu.

“Sejak dua minggu ini Perikatan Nasional (PN) mendahului 69 peratus, Pakatan Harapan (PH) 62 peratus manakala BN jauh ke belakang.

“Ditambah pula BN dengan masalah dalam parti dan sebagainya, ia turut beri kesan. Kita juga lihat kuasa TikTok dimenangi PN,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panelis program Sinar Live bertajuk 'Siapa Sangka Siapa Duga' yang dikendalikan hos Fahiz Ariff.

Dr Hamdan Mohd Salleh
Dr Hamdan Mohd Salleh

Program itu disiarkan secara langsung di platform digital Sinar Harian pada Ahad turut menampilkan Penganalisis Politik Profesor Dr Ahmad Martada Mohamed.

Beliau menambah undi BN dalam kalangan pengundi Melayu telah beralih kepada PN pada pilihan raya kali ini.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, beliau berpandangan BN tidak boleh kalah pada pilihan raya ini kerana ia akan menyebabkan suatu masalah besar.

“Apabila mengambil risiko membubarkan Parlimen dalam keadaan pakatan koalisi lain tidak bersetuju, itu risiko cukup besar dan terbukti ia telah memakan tuan.

”Ini sebenarnya saya rasa rakyat melihat kepada ketidakpuasan hati, bubarkan begitu dengan waktu itu bangkit tentang isu banjir dan sebagainya sekali gus menyebabkan respons rakyat ke arah menolak sebahagian besar calon-calon BN,” ujarnya.