PRU15: PN, GPS bincang bentuk kerajaan - Muhyiddin

Pertemuan antara Muhyiddin, Abang Johari dan Abdul Hadi berlangsung pada pagi Ahad.
Pertemuan antara Muhyiddin, Abang Johari dan Abdul Hadi berlangsung pada pagi Ahad.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan bersama Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Abang Openg dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi membincangkan pembentukan kerajaan Persekutuan pada Ahad.

Muhyiddin mendedahkan pertemuan itu menerusi ciapan di Twitter.

"Pagi ini saya menerima kunjungan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg dan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang untuk membincangkan pembentukan kerajaan Persekutuan.

"Rundingan juga sedang dibuat dengan parti-parti lain yang sehaluan dan ahli Parlimen Bebas.

"Insya-ALLAH, kerajaan Persekutuan akan dapat dibentuk dalam masa terdekat," katanya.

Keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menyaksikan tiada mana-mana parti berjaya memperoleh majoriti lebih 50 peratus daripada keseluruhan jumlah 219 kerusi dipertandingkan.

Pakatan Harapan (PH) memenangi 82 kerusi, PN 73 kerusi, Barisan Nasional (BN) 30 kerusi, dan GPS 22 kerusi.

Selain itu, Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memperoleh 6 kerusi, Parti Warisan Sabah 3 kerusi, Parti Bangsa Malaysia 1 kerusi, Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) 1 kerusi, dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) 1 kerusi.

Artikel Berkaitan: