Peringatan buat Belgium

Martinez
Martinez
A
A
A

KEKALAHAN mengejut Belgium kepada Mesir dalam perlawanan pemanas badan Piala Dunia 2022 merupakan satu peringatan sebelum kejohanan menyingkap tirai di Qatar tersebut.

Malah tanpa berselindung pengendali Belgium, Roberto Martinez menegaskan bahawa gergasi Eropah tersebut belum bersedia mengharungi perlawanan berintensiti tinggi tersebut.

“Ya, secara mental kami belum bersedia untuk perlawanan menentang pasukan seperti Mesir. Kami tidak bagus dalam penguasaan bola, rentak terlalu kecil, tiada imbangan ofensif, malah kami jarang mendapat bola kedua.

“Sememangnya Mesir lebih baik daripada kita. Seolah-olah juga ramai pemain kami tidak mahu cedera, sedangkan anda melihat bahawa Mesir benar-benar mahu memenangi perlawanan ini,” kata Martinez ketika Belgium melakukan persiapan menghadapi perlawanan pembukaan Kumpulan F menentang Kanada di Stadium Al Rayyan pada awal pagi Khamis.

Belgium berstatus nombor dua dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) yang mara separuh akhir pada Piala Dunia edisi sebelum ini, kelihatan tidak menunjukkan prestasi apabila dikalahkan 1-2 Mesir hasil jaringan Mohamed Salah di Kuwait City.

Bagaimanapun di sebalik kekalahan itu Martinez memberi jaminan kepada para penyokong Belgium bahawa pasukan tersebut sudah bersedia segala perkara di Doha.

“Kumpulan ini sudah enam tahun bersama, bukannya tiba-tiba tiada apa-apa. Itulah sebabnya kita harus melihat perlawanan ini terutamanya sebagai peringatan. Perlawanan ini juga berguna dalam memberikan beberapa pemain minit yang amat diperlukan. Dalam erti kata itu, ia adalah perlawanan latihan sebenar, yang mana anda boleh belajar banyak perkara.

“Sekarang ia hanya perlu menyediakan semua pemain. Kami tidak boleh mengharapkan untuk menang di Piala Dunia jika kami tidak berada pada tahap terbaik. Jadikan itu sebagai pengajaran," katanya.

Artikel Berkaitan: