PRU15: Warisan hilang lima kerusi termasuk di Labuan

Tiga kerusi milik Warisan tumbang selepas penyandangnya masing-masing di Parlimen Sepanggar, Kalabakan dan Papar tewas pada PRU15. - Gambar hiasan
Tiga kerusi milik Warisan tumbang selepas penyandangnya masing-masing di Parlimen Sepanggar, Kalabakan dan Papar tewas pada PRU15. - Gambar hiasan
A
A
A

KOTA KINABALU - Tiga lagi kerusi milik Parti Warisan (Warisan) tumbang selepas penyandangnya masing-masing di Parlimen Sepanggar, Kalabakan dan Papar ditewaskan pada Plihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini.

Di Parlimen Sepanggar, calon Warisan Datuk Mohd Azis Jamman hanya memperoleh 18,594 undi manakala di Parlimen Kinabatangan, Ma'mun Sulaiman memperoleh 14,755 undi.

Mohd Azis ditumbangkan oleh calon Pakatan Harapan (PH) Mustapha Sakmud yang berjaya memperoleh 27,022 undi dengan jumlah majoriti 7,042 undi.

Calon BN, Datuk Yakub Khan turut tewas ditangan PH dengan 19,980 undi, manakala dua lagi calon telah hilang deposit iaitu Jumardie Lukman dari Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) dengan 3,977 undi dan Yusof Kunchang daripada Pejuang iaitu 731 undi.

Bagi Parlimen Kalabakan, calon BN Andi Muhammad Suryady Bandy memperoleh 23,855 undi dengan majoriti besar sebanyak 9,100 undi sekali gus mengalahkan Ma'mun yang memperoleh 14,755 undi.

Andi turut menewaskan calon PH, Noraini Abd Ghapur iaitu dengan 9,398 undi dan dua calon lain telag hilang deposit iaitu dari Pejuang, Dr Nur Aini Abd Rahman memperoleh 1,681 undi dan calon Bebas, Datuk Muhamad yang memperoleh 341 undi.

Parlimen Papar calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Armizan Mohd Ali menang selesa menerusi majoriti sebanyak 12,224 undi dengan jumlah keseluruhan 22,620 undi.

Beliau sekaligus menewaskan penyandang daripada Warisan, Ahmad Hssan dengan jumlah 10,396 undi, Henry Shim dari PH (9,144) serta tiga lagi calon telah hilang deposit iaitu Nicholas Sylvester @ Berry dari Pejuang (783) dan calon Bebas, Johhny Sitamin (335) dan Nobbert Chin juga calon Bebas (231).

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, di Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli dari Warisan gagal mempertahankan kerusi miliknya apabila beliau ditewaskan oleh calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman yang memperoleh 8,124 undi.

Rozman hanya memperoleh sebanyak 7,310 undi manakala calon BN, Bashir Alias (7,416), calon PH Datuk Wira Dr Ramli (5,307) dan dua lagi calon telah hilang deposit iaitu dari Parti Bangsa Malaysia (PBM) Dayang Rusimah @ Raynie Mohd Din (202) serta Ramle dari Pejuang (90).

Sebelum itu, kerusi milik Warisan di Parlimen Penampang turut tumbang apabila penyandangnya Datuk Darell Leiking ditewaskan oleh Naib Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Ewon Benedick.