PRU15: Wetrom tumbangkan Maximus di Kota Marudu

Wetrom berjaya menumbangkan kerusi tradisi PBS yang disandang Maximus sejak 1995.
Wetrom berjaya menumbangkan kerusi tradisi PBS yang disandang Maximus sejak 1995.
A
A
A

KOTA KINABALU - Ramalan calon Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), Datuk Wetrom Bahanda mampu menumbangkan 'nama besar' di Parlimen Kota Marudu tepat apabila beliau menewaskan Datuk Seri Dr Maximus Ongkili pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Wetrom berjaya memperoleh undian sebanyak 24,318 undi sekaligus meninggalkan Maximus jauh ke hadapan yang hanya memperoleh sebanyak 16,144 undi.

Jumlah undi yang diperoleh Wetrom itu sekali gus menumbangkan kerusi tradisi Parti Bersatu Sabah (PBS) yang disandang bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah Dan Sarawak) sejak 1995.

No Image Caption

PRU15 kali ini menyaksikan persaingan sengit enam penjuru di mana Maximus bukan saja ditentang oleh Wetrom malah empat lagi calon lain iaitu Mohd Azmi Zulkiflee daripada Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang memperoleh 279 undi, Sharizal Denci daripada Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) 3,225 undi, Jilid @ Zainuddin Kuminding daripada Parti Warisan (Warisan) sebanyak 5,320 undi dan calon Bebas, Norman Tulang memperoleh 660 undi.

Proses penjumlahan undi di Parlimen Kota Marudu lewat berikutan tiga peti undi dari pusat daerah mengundi (PDM) Sungai Magandai hanya tiba sekitar jam 6 pagi Ahad.

Difahamkan, kesemua peti undi itu tidak boleh dibawa keluar dari PDM berkenaan akibat dilanda banjir pada malam Sabtu.

Maximus pada PRU14 yang lalu telah mengekalkan kerusinya dengan bertanding atas tiket BN menerusi 13,033 undian dengan jumlah majoriti sebanyak 1,774.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, di kerusi Parlimen Kudat turut dimenangi oleh adik Wetrom iaitu Verdon yang bertanding atas tiket Bebas.

Beliau berjaya memperoleh sebanyak 16,323 undi dengan majoriti 1,967 dan menewaskan calon GRS, Datuk Ruddy Awah (14,356), calon Warisan, Rashid Abdul Harun (9,421).

Dua lagi calon telah hilang deposit iaitu PH, Thonny Chee (4,726) serta calon Pejuang, Petronella Usun (282).