PRU15: PN mungkin bersama BN bentuk kerajaan di Perak

Razman (tengah) bersama ADUN PN yang berjaya memenangi PRU15 selepas sidang di Wisma Purnama di sini pada awal pagi Ahad.
Razman (tengah) bersama ADUN PN yang berjaya memenangi PRU15 selepas sidang di Wisma Purnama di sini pada awal pagi Ahad.
A
A
A

IPOH - Perikatan Nasional (PN) sedang mempertimbang untuk bergabung dengan BN bagi membentuk kerajaan negeri di Perak.

Timbalan Pengerusi PN Perak, Razman Zakaria berkata, keputusan itu dibuat selepas parti itu tidak memperoleh majoriti mudah 30 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membentuk kerajaan negeri.

Menurutnya, PN hanya memenangi 26 kerusi DUN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan memerlukan sekurang-kurangnya empat kerusi bagi menubuhkan kerajaan.

Kita sedang melakukan perbincangan dengan rakan sebelah sana iaitu BN. Pendirian kita jelas tidak akan bersama-sama dengan PH.

"Perbincangan akan dibuat di peringkat pimpinan negeri dan pusat bagi membolehkan kerajaan negeri dapat dibentuk," katanya kepada pemberita dalam satu sidang akhbar di Wisma Purnama di sini pada, awal pagi Ahad.

Pada PRU15, PN berjaya memenangi kerusi DUN Pengkalan Hulu, Kenering, Selama, Kubu Gajah, Batu Kurau, Titi Serong, Kuala Kurau, Alor Pongsu, Gunung Semanggol.

Selain itu, mereka turut berjaya merampas kerusi Selinsing, Kuala Sepetang, Trong, Changkat Jering, Chenderoh, Lubok Merbau, Manjoi, Bukit Chandan, Manong, Sungai Manik, Kampung Gajah, Pasir Panjang, Pangkor, Changkat Jong, Bota dan Slim.

Berdasarkan data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sehingga 9 Oktober, seramai 2,036,872 orang telah mendaftar sebagai pengundi di Perak.

Artikel Berkaitan:

Daripada jumlah itu 2,005,362 adalah pemilih biasa, tentera dan pasangan (19,076), polis dan pasangan (12,215) serta pemilih luar negara (219).

Perak mempunyai 24 kawasan Parlimen dan 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).