SPR umum 112 kerusi, PH di hadapan dengan 28 kerusi

Abdul Ghani
Abdul Ghani
A
A
A

PUTRAJAYA - Pakatan Harapan (PH) masih berada di hadapan dengan memiliki 28 daripada 220 kerusi Parlimen setakat jam 12.15 tengah malam Ahad.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Ghani Salleh yang mengumumkan keputusan 112 kerusi berkata, Gabungan Parti Sarawak (GPS) 20 kerusi, Pas (18) Perikatan Nasional (PN) (17) dan BN (16).

"Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan DAP masing-masing empat kerusi dan Warisan (dua)," katanya pada sidang akhbar keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) secara berkala di Menara SPR dekat sini.

Menurutnya, satu kerusi Parlimen dimenangi oleh Muda, Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan bebas.

AKAN MENYUSUL


Artikel Berkaitan: