Mahalnya rumah di bandar Hong Kong

Hong Kong menjadi bandar paling mahal di dunia bagi pembeli rumah untuk lima tahun berturut-turut.
Hong Kong menjadi bandar paling mahal di dunia bagi pembeli rumah untuk lima tahun berturut-turut.
A
A
A

HONG KONG. Hong Kong menjadi bandar paling mahal di dunia bagi mereka yang ingin membeli rumah.

Menurut kajian tahunan syarikat hartanah CBRE, analisis pasaran hartanah itu dilakukan di 35 bandar. Asia mendominasi senarai pasaran hartanah paling mahal di mana Hong Kong berada di tempat teratas untuk lima tahun berturut-turut diikuti Singapura di tempat kedua dan Shanghai di tempat ketiga.

“Harga purata sebuah rumah di Hong Kong tahun ini lebih ASD$1.2 juta (RM4.9 juta).

"Permintaan tinggi dan penawaran rendah telah mendorong harga hartanah ke tahap tidak boleh dibeli sejak beberapa tahun lalu,” menurut laporan itu.

Sementara itu, bandar raya paling murah untuk membeli harta kediaman adalah di Istanbul, Ho Chi Minh City dan Bangkok.

Artikel Berkaitan: