PRU15: Pas yakin PN bentuk kerajaan

Abdul Hadi (duduk, tengah) pada sidang media khas di Pejabat Agung Pas di Kuala Lumpur malam ini.
Abdul Hadi (duduk, tengah) pada sidang media khas di Pejabat Agung Pas di Kuala Lumpur malam ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pas akan berbincang dengan parti gabungan Perikatan Nasional (PN) bagi membentuk kabinet selepas Pilihan Raya Umun ke-15 (PRU15).

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yakin gabungan itu akan membentuk Kerajaan Persekutuan berdasarkan kepada keputusan rasmi dan tidak rasmi.

"Kita akan bincang dengan PN bila menang bagi membentuk kabinet," katanya pada sidang media khas di Pejabat Agung Pas di sini malam ini.

Katanya lagi, Pas dan PN akan berusaha untuk melaksanakan tawaran-tawaran yang telah dijanjikan dan meneruskan agenda wawasan induk Negara Sejahtera 2051 (WINS2051).

"Kemenangan ini adalah hasil kerjasama semua kalangan ahli-ahli Pas dan rakan-rakan dalam PN yang bekerja keras.

"Saya mewakili seluruh kepimpinan parti merakamkan jutaan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang memberi kepercayaan kepada Pas dan PN mentadbir negara sekali lagi," katanya.


Artikel Berkaitan: