PRU15: PH tumbang di Tawau

Su Fui dari Parti Bersatu Sabah (PBS) yang mewakili GRS berjaya mendapat sebanyak 19,865 undi dengan majoriti 3,800.
Su Fui dari Parti Bersatu Sabah (PBS) yang mewakili GRS berjaya mendapat sebanyak 19,865 undi dengan majoriti 3,800.
A
A
A

KOTA KINABALU - [DIKEMAS KINI] Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah, Datuk Christina Liew tumbang ditewaskan calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Lo Su Fui di kerusi Parlimen Tawau.

Su Fui dari Parti Bersatu Sabah (PBS) yang mewakili GRS berjaya mendapat sebanyak 19,865 undi dengan majoriti 3,800.

Beliau menewaskan Christina yang memperoleh sebanyak 16,065 undi serta calon daripada Parti Warisan (Warisan) KC Chen Ket Chuin (11,263 undi).

Tiga calon lain hilang deposit iaitu Mohd Salleh Bacho dari Bebas (1,776), Herman Amdas dari Parti Pejuang Tanahair (1,067) dan Datuk Chin Chee Syn daripada Bebas dengan 651 undi.

Parlimen Tawau mempunyai seramai 87,477 pengundi berdaftar dan jumlah undi sebanyak 50,687 dengan peratusan keluar mengundi sebanyak 57.94 peratus.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu, Christina memperoleh sebanyak 21,400 undi dengan majoriti sebanyak 4,727 undi.

Bersatu kekal di Parlimen Sipitang

Dalam pada itu, percubaan pertama bertanding di kerusi Parlimen Sipitang berjaya apabila calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Matbali Musah menang di kerusi berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Menurut keputusan rasmi SPR, Matbali berjaya memperoleh sebanyak 14,459 undi dengan jumlah majoriti sebanyak 4,691 undi.

Dalam pertembungan tiga penjuru itu, beliau yang juga dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menewaskan pesaingnya dari Parti Warisan (Warisan), Datuk Adnan Puteh dengan jumlah undi sebanyak 9,768 undi dan calon dari Pakatan Harapan (PH) Lahirul Latigu dengan jumlah undi sebanyak 4,834.

Kerusi Parlimen Sipitang sebelum ini disandang oleh anak bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman iaitu Datuk Yamani Hafez.

Beliau bagaimanapun tidak dicalonkan semula pada PRU kali ini.

Madius kekal pertahan Tuaran

Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Seri Madius Tangau mampu mempertahankan kerusi Parlimen Tuaran walaupun berdepan dengan saingan sengit daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini.

Madius memperoleh kemenangan tipis dengan jumlah undi sebanyak 24,943 berjaya menewaskan pesaing terdekatnya, Datuk Joniston Bangkuai yang memperoleh sebanyak 24,710 undi.

Dalam pertandingan enam penjuru itu, Madius turut menewaskan calon lain termasuk dari Parti Warisan (Warisan), Jo-Anna Sue Henley Rampas (5,728), calon Pejuang, Muminin Norbinsha (445) dan dua calon Bebas, Boby Lewat (393) serta Noortaip Suhaili @Sualee (2,008).