'Terima kasih semua' - Chin Tong

Chin Tong (empat dari kanan) meraikan kejayaan mempertahankan kerusi Parlimen Iskandar Puteri pada Sabtu.
Chin Tong (empat dari kanan) meraikan kejayaan mempertahankan kerusi Parlimen Iskandar Puteri pada Sabtu.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI – “Terima kasih kepada semua.”

Itu reaksi ringkas Liew Chin Tong (Pakatan Harapan) setelah mempertahankan kerusi Parlimen Iskandar Puteri pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini.

Menurut Chin Tong, kejayaan mempertahankan kerusi berkenaan dengan memperolehi majoriti mudah adalah sesuatu yang sukar dijangkakannya sebelum ini.

“Tanggungjawab saya kini bertambah, tetapi saya akan cuba sedaya upaya dan sebaik mungkin untuk berkhidmat kepada rakyat.

“Malah, kita juga akan cuba sebaik mungkin dengan menjadi suara rakyat,” katanya pada Sabtu.

Secara tidak rasmi, Chin Tong mendapat 97,140 undi berbanding Datuk Jason Teoh Swe Hock (BN) dengan 36,881 undi dan Tan Nam Cha (PN-Bersatu) yang mendapat 29,660 undi.

Untuk rekod, Ching Tong yang juga Pengerusi DAP Negeri Johor dipilih sebagai calon bagi kerusi Iskandar Puteri setelah penyandang, Lim Kit Siang mengumumkan untuk bersara daripada politik dan tidak bertanding pada PRU15.

Mengulas mengenai perancangannya bagi Iskandar Puteri, Chin Tong berkata, perkara berkenaan akan diulas dengan terperinci dalam sidang media yang bakal diadakan dalam masa terdekat.

Artikel Berkaitan:

“Saya akan perjuangkan isu-isu yang dekat dengan hati rakyat dan sedaya upaya kita akan bawa perubahan yang positif.

“Macam saya katakan tadi,akan cuba sedaya dan sebaik mungkin asalkan ia dapat membantu saya berkhidmat untuk rakyat,” katanya.