Betul ke Pas terima wang Umno?

 Abdul Hadi Awang - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Abdul Hadi Awang - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

SHAH ALAM - "Tak boleh diterima akal, kita terima wang dari Umno dan kita mengalahkan Umno," tegas Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam Bicara Minda di Dewan Karangkraf, di sini, hari ini.

Hadi berkata demikian ketika mengulas mengenai isu sama ada Pas pernah menerima wang dari Umno sebelum ini.

Menurutnya, adalah sesuatu yang tidak logik apabila Pas bertanding lebih 170 kerusi dan mengalahkan Umno.

"Tiada wang yang kita terima dari Umno," tegasnya.

Terdahulu, Hadi menyatakan Pas mengambil jalan tengah dengan tidak bekerjasama dengan Umno dan PH dalam pilihanraya umum sebelum ini.

"Pas dapat undi popular 18 peratus, menang 18 kerusi Parlimen dan menang 90 kerusi Dun daripada lebih 500 kerusi.

Artikel Berkaitan: