PRU15: Rodziah dahului 8 calon lain di Ampang setakat 10 malam

Rodziah Ismail
Rodziah Ismail
A
A
A

AMPANG - Keputusan tidak rasmi menyaksikan calon Pakatan Harapan (PH), Rodziah Ismail mendahului persaingan merebut kerusi Parlimen Ampang setakat jam 10 malam ini.

Rodziah memperoleh 22,718 undi, mendahului calon Perikatan Nasional, Sasha Lyna Abdul Latif yang memperoleh 8,887 undi dan calon BN, Ivone Low Yi Wen yang memperoleh 4,226 undi dan calon Gerakan Tanah Air, Dr Nurul Ashikin Mabahwi yang memperoleh 877 undi.

Penyandang kerusi Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin hanya memperoleh 1,569 undi, calon Parti Warisan (Warisan), Bryan Lai memperoleh 741 undi dan tiga calon bebas M Raveen, 67 undi, Muhammad Shafiq Izwan Mohd Yunos, 57 undi dan Tan Hua Meng, 34 undi.

Setakat pukul 10 malam ini, Rodziah meninggalkan pesaing dengan majoriti 13,831

Pada PRU14 lalu, Zuraida yang merupakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) ketika itu memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 41,956 undi dalam saingan empat penjuru.

Artikel Berkaitan: