PRU15: Hamzah dahului calon BN di Larut

Hamzah - Foto Bernama
Hamzah - Foto Bernama
A
A
A

IPOH - Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin mendahului di Parlimen Larut setakat jam 9 malam ini.

Beliau selaku penyandang kerusi memperolehi 1,142 undi meninggalkan calon BN, Mohd Shafiq Fhadly Mahmud (BN) yang mendapat 644 undi.

Dua lagi calon, Zolkarnain Abidin dari Pakatan Harapan (PH) mendapat 284 undi dan calon Berjasa, Auzaie Fadzlan Shahidi dengan 23 undi.



Artikel Berkaitan: