Kekecohan di Tanah Merah tiada kaitan proses pengundian

Tular di aplikasi TikTok yang memaparkan sekumpulan pengundi luar yang menyerbu sebuah premis untuk mendapatkan wang.
Tular di aplikasi TikTok yang memaparkan sekumpulan pengundi luar yang menyerbu sebuah premis untuk mendapatkan wang.
A
A
A

KOTA BHARU - Polis Kelantan mengesahkan kekecohan berkaitan pembahagian duit di Parlimen Tanah Merah di sini pada Sabtu tidak mempunyai kaitan dengan proses pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, kejadian itu adalah masalah dalaman parti atau individu tertentu dengan penyokongnya.

"Kejadian itu tidak berlaku di premis yang terlibat dengan proses pilihan raya.

"Dalam menentukan keamanan dan ketenteraman awam ia bukan sahaja melihat kepada proses pilihan raya tetapi keseluruhan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Menurut beliau, insiden itu berjaya diselesaikan selepas polis mengadakan perbincangan dengan pihak terlibat.

Ujarnya, jika terdapat apa-apa yang boleh menggugat keamanan dan ketenteraman awam, polis akan terus mengambil tindakan.

Sebelum itu tular di aplikasi TikTok yang memaparkan sekumpulan pengundi luar menyerbu sebuah premis untuk mendapatkan wang.

Artikel Berkaitan: