Pasangan suami isteri maut kenderaan terbabas langgar pokok

Pasukan bomba Taman Tas ketika mengeluarkan mangsa yang terlibat kemalangan di Kilometer 200 Lebuhraya Pantai Timur berhampiran Kampung Paya Bungor pada Sabtu.
Pasukan bomba Taman Tas ketika mengeluarkan mangsa yang terlibat kemalangan di Kilometer 200 Lebuhraya Pantai Timur berhampiran Kampung Paya Bungor pada Sabtu.
A
A
A

KUANTAN - Sepasang suami isteri maut apabila kenderaan yang dinaiki bersama empat kanak-kanak terbabas melanggar sebatang pokok di Kilometer 200 Lebuhraya Pantai Timur berhampiran Kampung Paya Bungor jam 3.13 petang, pada Sabtu.

Dalam kejadian itu, empat kanak-kanak yang dipercayai anak kepada pasangan itu terselamat dan hanya mengalami kecederaan.

Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pasangan maut itu dikenali sebagai Mohamad Shafiq, 33, dan Faieznoor Mansor, 32.

Menurutnya, empat yang terselamat adalah Mohamad Danish Uqasha, 9, Dhia Medina, 5, Damiaa Melissa, 2, dan seorang lagi masih belum dikenal pasti.

"Kenderaan yang terlibat merupakan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux," katanya ketika pada Sabtu.

Beliau menjelaskan, tujuh pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas, Kuantan telah ke lokasi kejadian bagi operasi menyelamat.

Katanya, dua mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan menggunakan Rescue Tool, bagaimanapun kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Mangsa yang meninggal dunia telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Artikel Berkaitan:

"Empat kanak-kanak yang terselamat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk rawatan lanjut," kata beliau.