PRU15: Peratusan pengundi muda keluar mengundi meningkat

Syed Saddiq menunjukkan jarinya yang telah dicelup dakwat setelh selesai membuang undi pada Sabtu.
Syed Saddiq menunjukkan jarinya yang telah dicelup dakwat setelh selesai membuang undi pada Sabtu.
A
A
A

JOHOR BAHRU – Pertambahan 2.4 juta pengundi keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum ke15 (PRU15) dilihat sebagai satu perkembangan yang baik.

Menurut Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, perkara itu juga menyaksikan peratusan keluar mengundi bagi golongan muda dilihat sangat baik berbanding PRU14 lalu.

“Bagi angka sebenar kita bandingkan pada tahun sebelumnya (2018) iaitu pada jam 2 petang, dalam 62 peratus telah keluar mengundi.

“Kali ini pada jam 2 petang, seramai 55 peratus. Jangan lihat dari sudut peratusan kerana realitinya dengan undi 18 dan automatik telah ada 2.4 juta tambahan pengundi.

“Perkara ini dilihat sebagai perkembangan yang baik dan diharapkan lebih ramai dapat turun mengundi,” katanya pada Sabatu

Mengulas mengenai peratusan di Muar, Syed Saddiq berkata, setakat jam 2 petang tadi, jumlah peratusan anak muda keluar mengundi pada tahap 56 peratus.

"Jumlah itu sekali gus melebihi daripada jumlah yang dicatatkan di saluran-saluran yang lain.

"Masih ada masa untuk keluar mengundi dan tidak ada lagi barisan panjang dan hanya perlukan lima minit.

Artikel Berkaitan:

“Tetapi lima minit itulah yang akan menentukan masa depan negara bagi tempoh lima tahun akan datang,” katanya.