PRU15: Empat sekeluarga OKU teruja mengundi

Siti Suhaila (kanan) bersama keluarga mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Setapak Indah, di sini, pada Sabtu.
Siti Suhaila (kanan) bersama keluarga mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Setapak Indah, di sini, pada Sabtu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Empat sekeluarga orang kurang upaya (OKU) penglihatan teruja apabila dapat menunaikan tanggungjawab mengundi bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Setapak Indah, di sini, pada Sabtu.

Siti Suhaila Mohd Shafie, 26, berkata, Ia merupakan pengalaman kali pertama melaksanakan tanggungjawab dalam memilih pemimpin di Parlimen Wangsa Maju.

"Saya bersama ibu serta dua beradik lain yang juga OKU tiba kira-kira jam 10 pagi dan proses berakhir satu jam kemudian.

“Alhamdulillah, proses berjalan dengan lancar, petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serta polis juga banyak membantu kami," ketika ditemui di SK Setapak Indah, Wangsa Maju.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani melakukan tinjauan di sekolah tersebut.

Beliau turut melakukan pemantauan di sekitar Kepong iaitu SK Desa Amanpuri bagi Parlimen Damansara dan SK Intan Baiduri bagi Parlimen Batu.

Artikel Berkaitan: