PRU15: Balu bekas MB Terengganu mengundi dalam ambulans

Fatimah mengundi di dalam ambulans di pusat pembuangan undi SK Rusila, Marang, Terengganu pada Sabtu.
Fatimah mengundi di dalam ambulans di pusat pembuangan undi SK Rusila, Marang, Terengganu pada Sabtu.
A
A
A

MARANG - Balu bekas Menteri Besar Terengganu ke-6 mengundi di dalam ambulans di pusat pembuangan undi Sekolah Kebangsaan (SK) Rusila di sini, akibat penyakit saraf yang dialaminya.

Fatimah Ismail, 89, yang merupakan isteri kepada Allahyarham Mohd Daud Samad ditemani seorang anak ketika tiba di pekarangan SK Rusila kira-kira jam 11 pagi, pada Sabtu.

Penyakit dialami Fatimah menyebabkan beliau tidak dapat bergerak sehingga terpaksa mendapatkan perkhidmatan ambulans untuk membawanya ke pusat pembuangan undi yang terletak kira-kira 2 kilometer (km) dari kediamannya.

Fatimah berkata, beliau menganggap kewajipan mengundi sama seperti menunaikan solat.

"Mengundi ini macam kita solat, sebab itu kita wajib mengundi. Pada PRU15 ini, saya sekali lagi menaiki dan mengundi dalam ambulans," katanya ketika ditemui pemberita di sini pada Sabtu

Jelas Fatimah, beliau menggunakan perkhidmatan ambulans sejak Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) disebabkan pergerakan terbatas akibat penyakit saraf dialami sejak 2017.

"Saya tetap teruja keluar mengundi walaupun terpaksa membuang undi dalam ambulans kerana saya tidak mahu melepaskan peluang untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi," katanya yang mempunyai 13 anak, 32 cucu dan lebih 100 cicit.

Allahyarham Mohd Daud menjawat jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu antara tahun 1959 hingga 1961.

Artikel Berkaitan: