PRU15: Peguam Negara antara terawal buang undi

Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun menunjukkan jari dicelup dakwat selepas selesai membuang undi.
Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun menunjukkan jari dicelup dakwat selepas selesai membuang undi.
A
A
A

PUTRAJAYA - Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun antara pengundi yang tiba awal di pusat pengundian Sekolah Rendah Agama al-Najah, Presint 9, di sini hari ini.

Beliau yang tiba seawal jam 7.30 pagi turut beratur bersama orang awam sebelum dibenarkan memasuki pusat pengundian jam 8.03 pagi dan selesai membuang undi jam 8.15 pagi.

Sementara itu, di pusat pengundian sama, calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin hadir jam 8.20 pagi bersama isterinya.

Beliau sempat menyapa petugas media sebelum membuang undi.

"Melihat kepada cuaca mendung, sedikit gerimis, saya jangkakan jumlah keluar mengundi akan tinggi dan berharap agar pengundi mengambil kesempatan ini untuk keluar mengundi," katanya.

Calon BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor tiba jam 9.05 pagi di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9(1).

Ketika didekati pemberita, Tengku Adnan berkata, Putrajaya akan mencapai sasaran keluar mengundi.

"Selalunya 90 peratus, saya harap sasaran dapat dicapai hari ini," katanya.

Artikel Berkaitan:

Seramai 42,881 pemilih berdaftar di Putrajaya yang meliputi 12,578 orang berusia 30 tahun ke bawah dan 3,571 daripada mereka layak mengundi kali pertama pada PRU15.

Sebanyak 11 sekolah dijadikan sebagai pusat pengundian dengan 68 saluran.