PRU15: Rosol teruskan tradisi jadi pengundi pertama

Rosol selesai membuang undi pada jam 8.04 pagi di SK Bukit Diman, di sini pada Sabtu.
Rosol selesai membuang undi pada jam 8.04 pagi di SK Bukit Diman, di sini pada Sabtu.
A
A
A

HULU TERENGGANU - Calon Perikatan Nasional (PN) Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid menjadi individu pertama mengundi di pusat pembuangan undi di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Diman, di sini pada Sabtu.

Rosol yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Hulu Terengganu tiba di pusat pembuangan undi pada jam 7.50 pagi bersama isteri, Toh Puan Halipah Ahmad, 59, dan selesai membuang undi jam 8.04 pagi.

Menurut Rosol, dia meneruskan tradisi arwah bapanya yang menjadi individu terawal mengundi di SK Bukit Diman sejak lima penggal pilihan raya umum.

"Semua adik-beradik saya seramai 12 orang bersama pasangan masing-masing turut mengundi di sini manakala enam anak saya pula mengundi di SK Telaga.

"Saya harap dapat mengulangi kejayaan dalam pilihan raya umum kali ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui di SK Bukit Diman, di sini pada Sabtu.

Dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Rosol berdepan saingan empat penjuru di Parlimen Hulu Terengganu iaitu Datuk Rozi Mamat (BN), Alias Ismail (Pakatan Harapan) dan Mohd Khadri Abdullah (Pejuang).

Artikel Berkaitan: