Amaran ribut petir di lima negeri hingga 9 pagi

Ribut petir, hujan lebat serta angin kencang dijangka berlaku di beberapa negeri sehingga 9 pagi ini. Foto hiasan
Ribut petir, hujan lebat serta angin kencang dijangka berlaku di beberapa negeri sehingga 9 pagi ini. Foto hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat serta angin kencang dijangka berlaku di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sabah sehingga 9 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan yang dikeluarkan 6.30 pagi ini memaklumkan di Selangor melibatkan kawasan Hulu Langat manakala di Johor melibatkan Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

Di Sabah pula melibatkan kawasan Nabawan di bahagian Pedalaman, Tawau meliputi kawasan Kunak dan Lahad Datu serta Tangod di bahagian Sandakan.

Sementara itu, MetMalaysia menerusi laman sesawangnya memaklumkan cuaca mendung di Sarawak melibatkan beberapa kawasan di Bintulu, Miri dan Limbang.

Hari ini adalah hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). - Bernama

Artikel Berkaitan: