Biri-biri berkelakuan aneh, jalan dalam bulatan selama 12 hari

Sejumlah biri-biri berjalan dengan membentuk bulatan selama 12 hari berturut-turut di Inner Mongolia baru-baru ini. - Foto Twitter
Sejumlah biri-biri berjalan dengan membentuk bulatan selama 12 hari berturut-turut di Inner Mongolia baru-baru ini. - Foto Twitter
A
A
A

ULAANBAATAR - Beratus-ratus ekor biri-biri berjalan dalam bulatan selama 12 hari berturut-turut di wilayah Inner Mongolia baru-baru ini.

Tingkah laku pelik itu yang dirakamkan menerusi kamera pengawasan menunjukkan kumpulan besar haiwan itu terus berarak mengikut arah jam dalam bulatan hampir sempurna di sebuah ladang.

Beberapa ekor biri-biri lain boleh dilihat melihat dari luar bulatan tersebut.

Rakaman video adegan aneh itu dihantar kepada Twitter pada Rabu lalu oleh akhbar China, People's Daily.

Akhbar itu melaporkan biri-biri itu sihat sempurna dan punca kelakuan itu masih lagi menjadi misteri.

Pemilik biri-biri itu yang dikenali sebagai Miao mendakwa, kejadian tersebut dimulakan oleh beberapa ekor biri-biri sahaja kemudian disertai oleh lebih banyak haiwan berkenaan.

Walaupun terdapat 34 kandang biri-biri di ladang penternakan tersebut hanya sejumlah biri-biri di salah satu kandang berkelakukan aneh itu. - Agensi

Artikel Berkaitan: