Mayat terapung ditemui di perairan Gertak Sanggul

Mayat lelaki dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.
Mayat lelaki dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.
A
A
A

GEORGETOWN - Mayat seorang lelaki ditemui terapung di perairan Gertak Sanggul, Balik Pulau pada petang Khamis.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang, Kapten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, mayat lelaki lengkap berpakaian itu ditemui sekumpulan nelayan pada jam 3 petang.

Menurutnya, sebaik menerima laporan itu, sepasukan anggota bersama bot ronda KILAT 26 telah diatur gerak ke lokasi penemuan.

"Mayat lelaki tanpa sebarang dokumen pengenalan diri itu ditemui terapung.

"Mayat lelaki berkenaan kemudian dibawa ke jeti Polis Marin Batu Uban dan disanitasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum dibawa ke Hospital Besar Pulau Pinang untuk proses bedah siasat," katanya menerusi kenyataan di sini, pada Jumaat.

Sementara itu dalam perkembangan kes lain, Abd Razak berkata, operasi mencari seorang lagi kru bot hanyut yang dilaporkan berlaku pada 15 November lalu ditangguhkan dan akan disambung semula sekiranya terdapat sebarang petunjuk baharu berhubung kejadian tersebut.

Katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau mengetahui perlakuan jenayah di kawasan maritim boleh menghubungi talian Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang 04-2626146 atau MERS 999

Artikel Berkaitan: